Perbadanan TAIB semarakkan Sambutan Hari Raya




Siaran Akhbar : Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 April. - Kumpulan Syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB), merangkumi Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. (DHSB) hari ini menganjurkan perhimpunan Sambutan Hari Raya di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'seni Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan.

 

Hadir pada Sambutan Hari Raya berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

 

Turut hadir, Menteri-menteri Kabinet; Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan DHSB, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed; dan Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Awang Haji Md. Yusreza bin Haji Md. Yussin.

 

Perhimpunan Sambutan Hari Raya berkenaan menjadi bukti kepada kumpulan Perbadanan TAIB akan komitmen yang tidak berbelah bahagi syarikat berkenaan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan yang teguh dengan pihak berkepentingan dan pekerja.

 

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk menyatakan rasa terima kasih kepada mereka yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan dan pertumbuhan kumpulan Perbadanan TAIB selama ini.

 

Close